Seberapa Manfaat Sebuah Game

>> Wednesday, February 2, 2011

Sebuah kajian oleh penyelidik di hospital Massachusetts General Center untuk kesihatan mental dan media menunjukkan bahawa ramai kanak-kanak yang bermain permainan video bagi mengawal perasaan mereka, akan berkemungkinan memilih permainan yang lebih ganas bagi melepaskan kemarahan mereka.


Permainan online juga merupakan cara yang baik untuk ‘melepaskan diri’ dari kenyataan dan mengalihkan tumpuan ketika menghadapi kesulitan. Permainan berperanan seperti Mystery P.I. - The Vegas Heist, membantu seseorang membayangkan bahawa dirinya adalah orang lain di dunia yang amat berbeza.

Apabila diberi peluang untuk menjadi seorang wira di alam maya dalam permainan tersebut, seseorang itu boleh merasa lebih berupaya dan yakin dengan diri mereka bagi meleraikan masalah dan mencapai kejayaan.

Penyelidik dan pembina permainan Jane McGonigal menyatakan bahawa permainan-permainan dengan aluran cerita membolehkan pemain menghayalkan dirinya dalam kehairanan dan kekaguman di ‘dunia’ yang berbeza sama sekali.

Keseluruhannya, ia telah dibuktikan bahawa permainan online adalah baik untuk kesihatan, kerana ia membantu pemain berasa lega. Menurut penelitian di McGill University di Montreal, Quebec, bermain permainan online adalah satu cara yang terbaik bagi mengurangi tekanan, mengurangkan Kortisol (hormon stress) dengan purata 17%!

Jadi bila-bila masa anda terjebak dalam batasan masa ataupun peperiksaan yang akan datang, berhenti, dan luangkan dua puluh minit daripada masa anda untuk permainan. Kemudian pulang ke tugasan anda dengan minda yang segar dan penuh persiapan bagi mengurusinya.

Related Posts by Categories



0 comments:

Post a Comment

  © Kolom Panduan by Good Bloggers

Back to TOP